MAINS salur lebih RM70j bantu golongan memerlukan - Utusan Malaysia

MAINS salur lebih RM70j bantu golongan memerlukan

ABDUL Aziz Sheikh Abdul Kadir (tengah) menyerahkan hadiah kepada kakitangan yang memenangi beberapa pertandingan yang diadakan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling 2021 Peringkat Negeri Sembilan di Menara MAINS di Seremban hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih RM70 juta dana wang zakat telah disalurkan pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada golongan memerlukan di negeri ini sejak bulan Januari hingga September lalu. 

Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir berkata, bantuan wang zakat itu disalurkan kepada penerima yang layak termasuk kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Sebanyak lebih RM70,697,000 dana yang disalurkan oleh MAINS kepada golongan yang memerlukan seperti mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 termasuk golongan bukan Islam. 

“Setakat ini, bantuan agihan zakat tersebut termasuk dalam keadaan pandemik sudah hampir RM80 juta diberikan individu dan keluarga yang terjejas. 

“Jika dahulu bantuan sara hidup kepada golongan asnaf sebanyak RM250 seorang namun kini MAINS telah menaikkan sebanyak RM500 hingga ke RM800 bergantung kepada jumlah anak dalam keluarga berkenaan. Itu adalah satu perubahan yang kami buat untuk membantu mereka yang terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat Negeri Sembilan di Menara MAINS di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan, setakat ini, sebanyak 1,851 kes kaunseling telah diterima pihak MAINS dari bulan Januari hingga September lalu. 

“Daripada 1,851 kes kaunseling, sebanyak 400 kes adalah melibatkan kes rumah tangga. Kes lain termasuklah masalah keluarga, kerjaya, peribadi dan pelajaran. 

“Kami mendapati kes penceraian juga meningkat di sebabkan ramai yang menganggur dan ada juga yang menghadapi tekanan seperti hutang. Alhamdulillah, MAINS dapat menjalankan tugas dengan baik bagi mengatasi pelbagai kes,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya