Lelaki ditemukan mati tergantung di siling dapur - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati tergantung di siling dapur

ANGGOTA polis membawa mayat lelaki yang ditemukan tergantung di rumahnya di Kampung Jerangkang, Labu, Seremban. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai menggantung dirinya pada siling ruangan dapur di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Jerangkang, Labu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, polis telah ke rumah berkenaan dan menemukan mayat seorang lelaki terbabit.

“Pusat Kawalan Kontinjen Negeri Sembilan telah menerima panggilan telefon daripada MERS 999 yang memaklumkan telah menemukan seorang lelaki menggantung diri di sebuah rumah di Batu 13 Kampung Jerangkang, Labu pada pukul 8 pagi. 

“Sepasukan polis daripada Balai Polis Nilai telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki berusia lingkungan 30-an tergantung pada siling ruangan dapur di sebuah rumah tidak bernombor yang disyaki telah membunuh diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut ke atas tubuh badan si mati mendapati telah mula mereput dan bengkak dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam.

“Kematian itu disahkan Pegawai Kesihatan daripada Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban,” katanya.

Mohd. Fazley memaklumkan, bedah siasat akan dijalankan oleh Pegawai Kesihatan di HTJ Seremban untuk mengenal pasti punca kematian pada esok.

“Saya turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-790 4389 atau hadir ke balai polis yang berdekatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya