Lans Koperal maut kemalangan akibat kereta tukar laluan

Lans Koperal maut kemalangan akibat kereta tukar laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza di Kilometer 20.9 Lebuhraya Utara – Selatan (Arah Utara), tengah hari tadi. 

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Sofian Mohd. Saad, 35 tahun, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut disyaki berlaku apabila kereta terbabit secara tiba-tiba mengubah laluan pemanduan ke lorong kiri setelah memotong kenderaan.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R25 tidak dapat mengelak kenderaan di hadapan lalu melanggar bahagian belakang kereta Perodua Alza. 

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beng Yeow berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini bagi tujuan bedah siasat.

Katanya, mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di cawangan kem komandan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

“Kenderaan terlibat akan dibawa ke Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) Senai untuk pemeriksaan,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya