Lagi kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD - Utusan Malaysia

Lagi kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD

KAMPUNG Pantos di Lipis, Pahang antara lokaliti komuniti Orang Asli terbaharu yang dikenakan PKPD selama 14 hari. – Foto media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah lagi perkampungan masyarakat Orang Asli di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula pada Jumaat ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, kawasan tunggal itu ialah Kampung Pantos di hulu Sungai Telom, dalam Mukim Ulu Jelai, Daerah Lipis.

RODZI MD. SAAD

Perkampungan dalam kalangan suku kaum Semai yang beragama Islam sejak 1992 itu dimajukan khas di bawah Program Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil (Prosdet) pada 1998 lalu.

Projek ala skim tanah rancangan Felda itu dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Setakat semalam, Jabatan Kesihatan Pahang sudah merekodkan sejumlah 11 kes Covid-19 sejak pesakit pertama dikesan pada Isnin lalu daripada keseluruhan lebih 300 keluarga di situ.

Kawasan seluas 116 hektar yang ditanam pokok kelapa sawit itu terletak 90 kilometer dari bandar Kuala Lipis dan daerah tersebut sudah merekodkan kumulatif 3,076 kes sehingga hari ini.

Rodzi bagaimanapun memaklumkan bahawa tiada lokaliti di negara ini yang bakal dilanjutkan lagi tempoh PKPD, malahan satu perkampungan di Sabah ditamatkan sekatan itu pada esok.

Lokaliti berkenaan ialah Kampung Rompon dalam Daerah Tambunan, Bahagian Pedalaman yang sudah dikenakan PKPD sejak 24 September dan berakhir seperti ditetapkan oleh MKN.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN