Kampung Ruai di Pahang sekali lagi dikenakan PKPD

Kg. Ruai di Pahang sekali lagi kena PKPD

MASYARAKAT Orang Asli di Kampung Ruai pernah dikenakan PKPD pada akhir Julai lalu. – FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua perkampungan masyarakat Orang Asli di Pahang sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 4 November ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti terbabit ialah Kampung Ruai iaitu Hulu dan Hilir dalam Mukim Batu Talam di Daerah Raub.

Perkampungan dihuni lebih 500 orang dalam kalangan etnik Semai ini pernah dikenakan PKPD dari 22 Julai sebelum ditamatkan lebih awal daripada jadual ditetapkan pada 2 Ogos lalu.

Lokaliti yang terletak lebih 30 kilometer dari bandar Raub ini juga didiami hampir 70 peratus penduduknya beragama Islam hasil daripada aktiviti dakwah pelbagai organisasi tempatan.

Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan PKPD sekali lagi di lokaliti itu disebabkan trend jangkitan Covid-19 hasil penilaian risiko yang dijalankan Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun ujarnya, tiada kawasan sedia ada yang akan dilanjutkan lagi tempoh PKPD selama 14 hari esok atau pun ditamatkan sekatan pergerakan secara bersasar tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN