Kewujudan TAWP diperluaskan, bantu kebajikan pesara Polis - Utusan Malaysia

Kewujudan TAWP diperluaskan, bantu kebajikan pesara Polis

Mazlan Lazim (tengah) bercakap dalam sidang akhbar di Kuching, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Ramai pesara polis yang mungkin tidak sedar akan kewujudan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) menyebabkan tidak ramai yang memanfaat bantuan yang disediakan tabung kebajikan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, TAWP ditubuhkan pada tahun 2014 bagi membantu dalam hal-hal kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka yang terkesan daripada pemasalahan yang dihadapi.

Menurut beliau, ada lima jenis bantuan yang disediakan TAWP, iaitu khairat kematian, bantuan pergerakan, bantuan perubatan dan anggota tubuh badan palsu, bantuan pendidikan dan bantuan bencana alam.

Katanya, bilangan yang telah memohon dan menerima bantuan daripada TAWF di seluruh negara adalah 1,635 orang membabitkan perbelanjaan RM3.25 juta.

“Bagaimanapun, daripada jumlah 1,635 orang hanya terdapat 45 penerima sahaja dari Sarawak yang telah diluluskan dan ini bermakna ada dalam kalangan pesara polis Sarawak yang mungkin tidak tahu wujudnya tabung ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf dan pesara polis di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Menurut Mazlan, TAWF menyediakan bantuan pengurusan jenazah sebanyak RM1,500, bantuan pergerakan maksimum RM1,000 untuk membeli kerusi roda atau tongkat, bantuan perubatan sehingga RM5,000, bantuan pendidikan sebanyak RM1,500 bagi anak-anak yang sedang belajar, bantuan bencana alam sebanyak RM10,000 apabila rumah terkena banjir, kebakaran ataupun rosak akibat ribut.

Mazlan meminta pesara polis yang tidak tahu mengakses portal bagi pendaftaran dengan Tabung TAWF tersebut boleh mendapatkan bantuan daripada ahli kelurga terdekat selain menghubungi TAWF untuk mendapatkan informasi yng lebih terperinci.

Sementara itu, katanya PDRM juga turut menyediakan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada pesara dan bekas anggota polis bagi meringankan beban kewangan mereka ketika berdepan Covid-19 dengan pembayaran pertama dan kedua sudah dibuat membabitkan jumlah masing-masing sebanyak RM 5 juta, manakala pembayaran ketiga membabitkan peruntukan RM12 juta akan dibuat tahun depan.

Sementara itu, pada majlis hari ini, beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 38 orang penerima termasuk 20 orang asnaf PDRM, 12 orang pesara PDRM termasuk dua orang yang terlantar sakit di rumah dan seorang anak yatim. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN