Ketua Penerangan Warisan keluar parti - Utusan Malaysia

Ketua Penerangan Warisan keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob (gambar) difahamkan meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.

Sumber terdekat memaklumkan Ketua Penerangan Warisan ini keluar meninggalkan parti bagi menjadi ADUN Bebas.

“Ya betul, tadi (keluar parti),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut sumber, ADUN Sindumin ini mahu membantu rakyat di kawasannya maka, beliau memutuskan untuk meninggalkan parti Warisan yang kini berada dalam blok pembangkang.

Ketua Bahagian Warisan Sipitang ini antara pemimpin terawal yang berjuang sejak Warisan ditubuhkan dan pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran dan Inovasi semasa Warisan memerintah Sabah.

Yusof mempertahankan kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam pertembungan lima penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Beliau memperolehi 5,415 undi bagi menewaskan pesaing terdekatnya, Sani Miasin yang merupakan calon Barisan Nasional (BN).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya