PETALING JAYA: Jumlah jangkitan Covid-19 mencatatkan penurunan apabila 5, 666 kes dilaporkan hari ini berbanding 5, 828 kes dicatatkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan jumlah tersebut menjadikan sebanyak 2, 431, 716 individu sudah dijangkiti virus terbabit setakat ini.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow: https://covidnow.moh.gov.my,” katanya menerusi Facebook hari ini.-UTUSAN ONLINE