MELAKA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menganggap keputusan UMNO untuk bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah keputusan tersurat parti itu, bukannya daripada Pas. Beliau berkata, Bersatu juga mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tidak bekerjasama dengan mereka, sebaliknya memilih untuk bergabung dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN). Jelasnya, bagaimanapun mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat andaian terlalu awal, susulan…










