Kerajaan Melaka, pembangkang dijangka buat sidang akhbar - Utusan Malaysia

Kerajaan Melaka, pembangkang dijangka buat sidang akhbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Angin panas politik Melaka nampaknya belum ‘sejuk’ berikutan cakap-cakap mendakwa, Pakatan Harapan (PH) negeri akan membuat sidang akhbar di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, pagi ini.

Utusan Malaysia difahamkan, sidang akhbar pembangkang bakal berlangsung pukul 10 pagi, namun setakat berita ini ditulis, belum terdapat sebarang jemputan rasmi diterima para pengamal media.

Figura utama yang dikaitkan dengan rancangan menumbangkan kerajaan negeri diterajui UMNO, ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron ketika dihubungi menafikan penglibatan beliau dalam sidang akhbar berkenaan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali juga dikhabarkan akan membuat sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya