fbpx

8 Disember 2021, 12:21 pm

  TERKINI

Kerajaan guna had PGK RM1,169 salur bantuan

RINA Mohd. Harun (kanan) menyerahkan surat kelulusan bantuan kanak-kanak JKM kepada Narriman Husin, 56, (tengah) ketika lawatan ihsan di Jalan Cheng Lama, Taman Cheng Permai, Melaka, hari ini. - FOTO/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Had pendapatan garis kemiskinan (PGK) pada kadar RM1,169 kini digunakan kerajaan untuk penyaluran bantuan membabitkan golongan miskin tegar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, perkara itu perlu dijelaskan bagi mengelak kekeliruan pemohon berhubung penggunaan had PGK untuk melayakkan mereka mendapatkan bantuan di bawah kementeriannya.

Jelasnya lagi, kementerian sebelum ini mengguna pakai had PGK purata pendapatan isi rumah sebanyak sebanyak RM980, sebelum meningkatkannya kepada RM1,169 berdasarkan kajian dilakukan Jabatan Perangkaan pada 2019.

“Setakat ini, kita kekal menggunakan had PGK makanan itu,” katanya kepada pemberita selepas program lawatan ihsan di Cheng, di sini hari ini.

Menurut Rina, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menyalurkan bantuan bernilai hampir RM94 juta kepada 24,838 penerima dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Selain bantuan kewangan dan psikososial, kita juga melihat keperluan lain yang diperlukan seperti membantu anak penerima mendapatkan pekerjaan menerusi kerjasama antara kementerian dan agensi lain.

“Golongan orang kurang upaya (OKU) disaran segera berdaftar di bawah JKM bagi membolehkan mereka mendapat kad OKU, sekaligus menerima 32 faedah yang disediakan kerajaan bagi membantu dan meringankan beban mereka,” jelasnya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI