Kerajaan bakal umum SOP, garis panduan fasa endemik - Utusan Malaysia

Kerajaan bakal umum SOP, garis panduan fasa endemik

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan membentangkan perincian prosedur operasi standard (SOP) bagi menggantikan 181 SOP yang diguna pakai sebelum ini serta garis panduan fasa endemik tidak lama lagi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu membentangkan perincian tersebut dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum dimuktamadkan.

Katanya, perkara itu menjadi satu SOP am yang boleh berkuat kuasa melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.

“Dalam peralihan daripada fasa pandemik kepada endemik, kerajaan memfokuskan satu SOP am yang berkaitan langkah tetap bagi mengawal penularan seperti memakai pelitup muka, panduan pengudaraan, daftar masuk MySejahtera, syarat lengkap vaksinasi dan lain-lain.

“Sembilan garis panduan terbabit pula merangkumi aktiviti dalam pelbagai sektor. Garis panduan berkenaan tidak boleh dikuatkuasakan tetapi menjadi tanggungjawab rakyat untuk memahami dan mengamalkannya dengan sebaik mungkin,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Pertahanan, hari ini.

Sebelum ini, Hishammuddin memaklumkan, kerajaan sedang berusaha memperkemas SOP berkaitan COVID-19 sedia ada supaya lebih difahami rakyat, golongan industri dan pihak yang menjalankan penguatkuasaan.

Beliau berkata, buat masa ini, terdapat 181 SOP merangkumi keempat-empat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kerajaan bermatlamat mengurangkannya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.