Kementerian Pertahanan gagal kutip sewa bangunan, tanah RM10.3 juta

Kementerian Pertahanan gagal kutip sewa bangunan, tanah RM10.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan gagal mengutip sewa berjumlah RM10.3 juta ekoran pengurusan hasil sewa tanah dan bangunan yang lemah.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020 yang dikeluarkan hari ini, kutipan sewa membabitkan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) yang menduduki 139 premis Kementerian Pertahanan bagi menjalankan perniagaan peruncitan di dalam kem tentera gagal.

Kata laporan itu lagi, Pernama gagal membayar jumlah RM1.31 juta hasil sewa mereka setelah tempoh pajakan premis tamat pada 31 Mei 2014.

“Pengiraan hasil sewa itu dibuat dari 1 Jun 2014 hingga 31 Dis 2017 berdasarkan tuntutan bayaran pajakan oleh Kementerian Pertahanan kepada Pernama bertarikh 20 Dis 2000.

“Selain itu, pihak audit turut mendapatkan penilaian sewa daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi pengiraan hasil sewa 2018 hingga 2020 membabitkan Pernama yang berjumlah RM8.99 juta,” menurut laporan itu.

Laporan itu memaklumkan perjanjian pajakan ditandatangani Pernama dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) pada 5 Mei 2010 bagi 139 premis di tanah kegunaan Mindef seluruh Malaysia adalah bagi tempoh 15 tahun bermula 1 Jun 1999 hingga 31 Mei 2014.

Laporan itu mengesyorkan supaya usul dengan pihak PTP dibuat bagi mendapatkan kelulusan sewa tanah dan bangunan kegunaan Mindef untuk membolehkan proses penyediaan perjanjian sewa semua premis diduduki Pernama disegerakan.

Selain itu, laporan berkenaan turut membangkitkan sejumlah RM178,658 hasil sewa 36 lot kedai di Pangkalan Tentera Udara bagi 2019 dan 2020 tidak dikredit sebagai hasil kerajaan sebaliknya dimasukkan ke Tabung Kebajikan Unit Tentera Udara.

“Perkara itu berlaku disebabkan pengurusan Pangkalan Udara telah menggunakan surat Kementerian Kewangan bertarikh 8 Jun 1985 sebagai asas mengkreditkan sewa bagi 36 lot kedai berkenaan ke Tabung Kebajikan Unit,” katanya.

Menurut laporan itu, tindakan tersebut bercanggah dengan Perenggan 2 Surat Kementerian Kewangan bertarikh 8 Jun 1985 yang memberi persetujuan hasil dikutip daripada pengusaha Kantin Angkatan Tentera diluluskan bagi bayaran rebat Kantin Angkatan Tentera sahaja.

Justeru laporan mengesyorkan Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan membuat pemantauan terhadap semua perjanjian sewaan diuruskan Markas Pemerintahan Perkhidmatan bagi memastikan semua kutipan sewaan yang sepatutnya diakaunkan sebagai hasil kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya