Kematian dilaporkan hampir 100 kes - Utusan Malaysia

Kematian dilaporkan hampir 100 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 98 kes berbanding kelmarin, 84 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,674 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 32 daripada 98 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,803 kes.

Sebanyak 562 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 292 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,359 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 6,148 kes berbanding semalam, 5,726 kes manakala 7,595 (kes sembuh).

“Malaysia juga merekodkan pertambahan kluster Covid-19 sebanyak sembilan kluster melibatkan enam tempat kerja manakala komuniti, kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain, masing-masing satu kluster,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN