Kemarin, kisah sebenar sebalik kejadian Tsunami Banten - Utusan Malaysia

Kemarin, kisah sebenar sebalik kejadian Tsunami Banten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bakal ditayangkan 21 Oktober ini, filem Kemarin bakal memaparkan video-video eksklusif ketika kejadian tsunami melanda Banten, Indonesia pada 22 Disember 2018.

Karya arahan, Upie Guava itu juga mengangkat tema perjuangan, persahabatan, kejayaan, konflik di sebalik kejadian yang telah meragut nyawa beratus penduduk tempatan ketika itu.

“Dalam Kemarin, penonton bakal menyaksikan video-video eksklusif yang berjaya dirakam daripada telefon milik pemain dram Seventeen, Andi yang turut terkorban ketika tsunami melanda Banten.

“Ketika itu Seventeen sedang melakukan persembahan dan usai menyanyikan lagu kedua, tiba-tiba sahaja tsunami menghempas pentas. Seramai enam ahli kumpulan terkorban dan vokalis kumpulan itu, Ifan juga kehilangan isteri tercinta, Dylan,” kata satu kenyataan.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First Khamis ini juga berjaya merangkul trofi Piala Maya dalam kategori Lagu Tema Terpilih Piala Maya 2020 menerusi lagu Kemarin nyanyian Ifan Seventeen.

“Kemarin juga telah dipilih sebagai calon Filem Dokumentari Panjang Terbaik untuk Festival Filem Indonesia 2021 yang akan berlangsung pada November ini. Bukan itu sahaja,Kemarin turut menyertai Official Selection in the Tokyo lift of Film Festival 2021,” katanya.

Kemarin yang merupakan karya terbitan Mahakarya Pictures mendapat kerjasama Horizon Film Entertainment dan Cineplus Asia untuk pasaran tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya