Kakitangan RTM maut nahas dua buah kereta - Utusan Malaysia

Kakitangan RTM maut nahas dua buah kereta

KEADAAN kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus yang mengorbankan seorang kakitangan RTM Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penolong akauntan Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Jalan Seremban- Kuala Pilah dekat Bukit Putus.

Mangsa , Nurul Hayati Mohammad, 44, maut di tempat kejadian dalam nahas kira-kira pukul 6.23 petang itu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II, Rudi Hartono Mohd. Yasin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.36 petang.

“Kami menerima panggilan pada 6.36 dan sejurus selepas tiba di tempat kejadian kami mendapati terdapat seorang mangsa tersepit ditempat duduk.

“Pemandu wanita telah meninggal dunia. Kami mengambil masa selama 10 minit mengeluarkan mangsa.

“Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Axia dari arah Kuala Pilah dan Perodua Myvi dari arah Seremban ke Kuala Pilah. Mangsa yang maut adalah pemandu Perodua Myvi,” katanya hari ini.

Menurutnya, seorang wanita berusia 40-an yang memandu Perodua Axia hanya mengalami cedera ringan termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mengalami patah kaki.

Mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

Sementara itu, rakan terdekat mangsa yang juga merupakan juruhebah Negeri FM, Jamilah Jamal, 46, memberitahu, mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik sepanjang bertugas hari ini.

“Kami hanya berbincang tentang kerja dan arwah tidak menunjukkan kelakuan pelik. Arwah merupakan seorang kakitangan yang ceria dan periang serta suka menolong orang.

“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku kerana pada pukul 5.28 petang saya sempat berjumpa dia dan itu pertemuan terakhir dengan arwah,” katanya.

Difahamkan proses bedah siasat akan dilakukan pada esok hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.