JPJ aktif buat pemantauan di stesen bas  - Utusan Malaysia

JPJ aktif buat pemantauan di stesen bas 

AZRIN Borhan membuat pemantauan ke atas pemandu dan pengguna bas di stesen bas, Terminal One di Seremban. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pemantauan secara berterusan dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di stesen bas Terminal One bagi memastikan pengusaha bas dan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kebenaran rentas negeri.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, seramai 141 anggota penguat kuasa JPJ di seluruh negeri akan ditugaskan untuk membuat pemantauan dan penguatkuasaan terutama pada minggu pertama rentas negeri dibenarkan.

“Anggota kita akan ditempatkan di stesen bas untuk buat pemantauan tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan malam. 

“Pemeriksaan secara rawak turut dibuat terhadap pengguna bas dengan melalui aplikasi MySejahtera sama ada mereka telah lengkap suntikan vaksin Covid-19 atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas membuat pemantauan di stesen bas Terminal One di sini hari ini.

Jelas Azrin, selain itu pihak JPJ juga akan membuat pemeriksaan teknikal kenderaan termasuk tayar bas digunakan berbunga dan brek berfungsi dengan baik bagi menjamin keselamatan pengguna.

“Setakat ini, pemeriksaan dan pemantauan sejak Isnin lalu mendapati tiada individu melanggar SOP ditetapkan, sekali gus menunjukkan pengguna dan pengusaha bas mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

“Selain di stesen bas, kami juga membuat pemeriksaan secara rawak di kawasan lebuh raya memandangkan dalam keadaan rentas negeri dibenarkan kenderaan makin banyak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, memandangkan JPJ memberi penangguhan untuk pengguna memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga 31 Disember ini maka pihaknya memberi penekanan kepada pemeriksaan insurans kenderaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya