Johan Setia cecah paras IPU tidak sihat sejak 9 malam tadi - Utusan Malaysia

Johan Setia cecah paras IPU tidak sihat sejak 9 malam tadi

JOHAN Setia di Selangor masih kekal dengan bacaan IPU sebagai tidak sihat sejak malam tadi. – GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Stesen bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Johan Setia, Selangor mula mencatatkan paras tidak sihat sejak pukul 9 malam tadi dan kemudian terus bertambah buruk.

Berdasarkan semakan Sistem Pengurusan IPU yang disiarkan laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di stesen itu sudah merekodkan kadar 121 pada 9 malam semalam.

Sejam selepas itu, ia naik kepada 152 sebelum cecah 154 pada pukul 11 malam dan 155 pada tepat 12 tengah malam, malah mencapai paras tertinggi 156 dari 1 pagi sehingga 8 pagi ini.

Kali terakhir IPU di stesen ini merekodkan kadar tertinggi melepasi 100 ialah pada pukul 12 tengah hari 2 Mac lalu dengan bacaan 189 dan kemudian ia kekal paras sederhana selepas itu.

Bagaimanapun, kadar tersebut lebih rendah berbanding pernah direkodkan pada pukul 9 pagi, 12 September 2019 iaitu 213 dengan disebabkan banyak kes pembakaran terbuka berlaku.

Secara kebetulan, sekitar hampir tengah hari semalam, sebuah kilang perabot di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang tidak jauh dari stesen itu dilaporkan terbakar dengan api marak.

Pihak JAS menerusi laman sesawang rasminya namun mengesahkan tiada pula pembakaran terbuka di kawasan hijau bagi tujuan pertanian hasil rondaan dan siasatan rapi di Johan Setia.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sehingga pukul 10 pagi ini, Johan Setia masih kekal lokasi tunggal di Malaysia mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 155, manakala 60 lagi sebagai sederhana dan hanya tujuh berstatus baik.

Stesen Klang pula merekodkan IPU paras tidak sihat melepasi 100 pada pukul 6 pagi dan 8 pagi tadi, tetapi kemudian bacaannya turun kepada 99.

Orang ramai turut boleh merujuk portal rasmi JAS bagi mendapatkan rekod bacaan IPU terkini di lokasi stesen tertentu setiap jam menerusi http://apims.doe.gov.my/v2/api_table.html.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya