Jenazah Zolkples selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Zolkples selamat dikebumikan

AHMAD Shapawi Ismail menyiram pusara Allahyarham Zolkples Embong di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun, malam ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Jenazah bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, 62, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, di sini kira-kira pukul 10.40 malam tadi

Jenazah Allahyarham dikebumikan  berhampiran pusara ibu bapanya, Embong Jusoh dan Mandak Muda. 

ZOLKPLES EMBONG

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang  dari Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dibawa ke rumah keluarganya di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir. 

Selain ahli keluarga, yang turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail di samping Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. 

Zolkples yang tinggal bersendirian ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Jalan Pandan Indah 1/11A, Pandan Indah, Ampang oleh pembantu peribadinya kira-kira pukul 8.31 pagi semalam.

Allahyarham pernah memimpin MSN selama tujuh tahun dari April 2007 hingga Disember 2014.- UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN