Jangka umum rentas negeri beberapa hari lagi - Utusan Malaysia

Jangka umum rentas negeri beberapa hari lagi

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (kiri) bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tiga dari kiri) melihat antara sumbangan makanan yang diserahkan pada Program Bakul Mindef Prihatin, di Kem Kementah, di sini, hari ini. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tarikh kebenaran rentas negeri dijangka diumumkan dalam beberapa hari lagi selepas kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dewasa di Malaysia mencapai 90 peratus.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan mengambil kira dan meneliti pelbagai faktor sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Setakat hari ini saya dimaklumkan kejayaan kita dah sampai 88.74 peratus jadi mungkin kita akan sampai kepada 90 peratus ini dalam beberapa hari lagi.

“Apa yang kita lakukan kebelakangan ini banyak bersandarkan kepada pertimbangan- pertimbangan yang ditunjukan oleh data yang diperoleh.

“Kita kena pastikan bahawa kalau 90 peratus ini dikecapi, kita tunggulah pengumuman oleh Perdana Menteri nanti,“ jelasnya dalam sidang akhbar selepas hadir pada Program Bakul Kementerian Pertahanan (MINDEF) Prihatin.

Tambah Hishammuddin, kerajaan kini lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terus terjamin dan terlindung daripada wabak Covid-19.

“Jangan kita tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan tanpa sasaran yang tepat. Ia mesti bersandarkan kepada data.

“Saya berpuas hati dengan perjalanan kita menghadapi dalam menangani Covid-19 setakat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya