Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar, Rembau terputus dua - Utusan Malaysia

Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar, Rembau terputus dua

KEADAAN Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar, Rembau yang terputus dua, petang tadi-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Susulan hujan lebat berterusan lebih tiga jam, ditambah dengan limpahan air sungai, Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar dekat sini terputus hubungan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Mohamad Najib Mustafa berkata,  pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) menerima aduan jalan raya yang terputus dua pada pukul 4.02 petang dan telah bergegas ke lokasi kejadian bagi mengelak pengguna jalan raya melalui jalan tersebut.

Menurutnya, pengguna jalan raya boleh melalui jalan alternatif iaitu Pulau Mampat dan keluar ke pekan Rembau susulan jalan tersebut buat masa ini tidak boleh dilalui.

“Terdapat limpahan Sungai Batu Hampar, Sungai Ibor, Sungai Pedas, Sungai Batu dan Sungai Mampong, namun keadaan terkawal dan sehingga pukul 6 petang, tiada mangsa yang dipindahkan.

“Namun, kami memantau dari semasa ke semasa situasi banjir dan sungai di Kampung Sungai Ibor,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.