Isu tambak laut, royalti pasir Melaka: SPRM buka kertas siasatan - Utusan Malaysia

Isu tambak laut, royalti pasir Melaka: SPRM buka kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah membuka satu kertas siasatan berhubung isu royalti pasir dan projek penambakan laut di Melaka.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan mengenai projek itu kini sedang berjalan.

Menurut kenyataan itu, SPRM juga akan mengepilkan bersama aduan sama yang dibawa Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam hari ini.

Tambahnya, suruhanjaya tersebut menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini meliputi semua aspek yang dibangkitkan dalam aduan tersebut.

Petang tadi, Lokman tampil membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku aktiviti rasuah membabitkan pemberian konsesi penambakan laut di Melaka.

Beliau mendakwa, ada individu menerima habuan bagi mempengaruhi Kerajaan Negeri Melaka untuk menganugerahkan projek penambakan laut itu.

“Siasatan mendapati, projek penambakan itu dianugerahkan kepada sebuah syarikat dimana 70 peratus penguasaan sahamnya dimiliki warga asing,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN