PETALING JAYA: Setelah ditangguhkan pada tahun lalu ekoran pandemik Covid-19, sambutan Hari Sukan Negara hari ini disertai hampir dua juta rakyat di seluruh negara.
Mereka menyertai pelbagai acara sukan seperti berlari, basikal, berjalan kaki dan lain-lain dengan ‘diketuai’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.
Berikut kami sajikan pelbagai aktiviti menarik sempena Hari Sukan Negara yang dirakam oleh jurugambar kami.

MENTERI Besar Perlis, Azlan Man (tengah) pada majlis Hari Sukan Negara 2021 peringkat Perlis di Kompleks Belia dan Sukan negeri, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN




