Gadis cari bapa untuk jadi wali nikah - Utusan Malaysia

Gadis cari bapa untuk jadi wali nikah

NUR FAEZAH ROHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang gadis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya.

Nur Faezah Ali Rohman, 21, dari Parit 5 Darat, Sungai Sumun,  Hutan Melintang dekat sini mencari bapa kandungnya, Ali Rohman, berusia 50-an yang terpisah sejak dia dilahirkan.

Menurutnya, sejak lahir, dia dibesarkan keluarga angkatnya dan tidak pernah bertemu dengan bapa kandungnya itu.

“Sejak saya dilahirkan, saya dijaga oleh keluarga angkat. Saya tidak pernah berjumpa bapa kandung saya kerana dia tidak pernah pulang atau menghubungi kami.

“Kami cuba mencarinya tetapi tidak berjaya menemukannya,” katanya.

Menurutnya, dia berharap dapat menemukan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya tidak lama lagi.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bapanya boleh menghubunginya menerusi nombor telefon 010-9449851. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN