Empat ADUN lompat belum mohon masuk PH - Anwar - Utusan Malaysia

Empat ADUN lompat belum mohon masuk PH – Anwar

(DARI kiri) Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee, Idris Haron dan Noor Effandi Ahmad dalam sidang akhbar menarik sokongan terhadap kepemimpinan kerajaan negeri Melaka, baru-baru ini. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak menetapkan sebarang keputusan mengenai status empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang melompat parti.

Ini kerana, Pengerusi PH itu berkata, mereka masih belum membuat permohonan rasmi untuk menyertai gabungan itu, jadi tidak ada keputusan sama ada permohonan itu akan diterima atau ditolak.

“Mereka tidak hantar permohonan rasmi, walaupun sudah nyatakan hasrat.

“Jadi, kita perlu tunggu dan tak bertindak terburu-buru. Kita beri masa dan peluang kepada mereka untuk menghubungi kita,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR dekat sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai pendirian DAP yang bertegas tidak akan menerima ADUN lompat parti, Anwar menghormati pandangan rakan partinya.

“Kita tunggu dulu, tapi kita hormati juga pandangan DAP dan kita faham alasan (mereka).

“Tetapi oleh kerana perkara itu belum ke tahap permohonan dan perbincangan yang serius, jadi kita tidak bincang lebih daripada itu,” katanya.

Sebaliknya Anwar berkata, PH membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan segera, dipercayai berhubung isu pengundi vaksinasi lengkap sahaja dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Kita tak nak SPR diperalatkan untuk melanggar peraturan yang bercanggah dengan semangat kebebasan bersuara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.