Dulu ‘barua’, sekarang bermaruah - Norhizam - Utusan Malaysia

Dulu ‘barua’, sekarang bermaruah – Norhizam

NORHIZAM HASSAN BAKTEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) menjelaskan, tindakannya menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali adalah demi memperjuangkan nasib rakyat. 

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri itu berkata, sepanjang tempoh 19 bulan bergelar Exco, beliau bergelut untuk mempergiaT sektor pertanian termasuk usaha menangani isu permohonan tanah. 

Ujarnya, permohonan yang dibuatnya telah ‘disunyikan’ oleh Sulaiman dan mendakwa, soal pembangunan negeri dipengaruhi pihak ketiga iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. 

“Kita memang tidak setuju dengan apa yang berlaku sekarang, bila tengok Exco tidak boleh buat keputusan, jadi siapa lagi? Kita tidak mahu ada orang luar (Ab. Rauf) campur, buat keputusan yang tidak sepatutnya, banyak masalah lain tidak boleh selesai. 

“Sebagai contoh, kita tahu tanah pertanian sudah tidak ada lagi, yang ada pun 70 peratus komoditi untuk getah dan sawit. Jadi macam mana saya nak buat aktiviti kalau tanah tidak ada?,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana, di sini hari ini.

Dedahnya lagi, beliau juga membantah pelaksanaan Projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) bernilai RM15 bilion kerana bimbang dengan nasib para nelayan di negeri ini. 

“Saya Exco pertama membantah kerana Jabatan Perikanan di bawah portfolio saya. Saya bukan anti pembangunan tetapi saya nak bela nasib nelayan, namun suara saya tidak ada (dinafikan). 

“Saya kecewa kerana dasar-dasar tidak dapat dilaksanakan. Dulu barua, sekarang bermaruah. Kita membakar diri untuk rakyat, berjuang untuk rakyat. 

“Tengok apa komen rakyat. Ini suara rakyat, tengok satu persatu. Saya menjadi wakil rakyat, mendengar keluhan hati dan bukan perjuangkan diri saya sendiri,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya