Dihalang jumpa anak oleh si isteri, lelaki Orang Asli melarikan diri ke dalam hutan - Utusan Malaysia

Dihalang jumpa anak oleh si isteri, lelaki Orang Asli melarikan diri ke dalam hutan

AZAHARI Mukhtar (tiga dari kiri) menyertai operasi mencari lelaki Orang Asli yang melarikan diri dalam hutan dekat Kampung Kundang, Muadzam Shah di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Seorang lelaki masyarakat Orang Asli bertindak melarikan diri ke dalam hutan dekat Kampung Kundang, Muadzam Shah di sini kelmarin dipercayai akibat merajuk kerana tidak dapat berjumpa anak dan bergaduh dengan isterinya.

Lelaki berkenaan, Zali Yasa,19, difahamkan cuba berjumpa anaknya tetapi dihalang isteri menyebabkan dia kecewa dan meninggalkan motosikal di tepi jalan sebelum melarikan diri ke dalam hutan.

Difahamkan, Zali menghadapi masalah rumah tangga sejak beberapa bulan lalu dan berlarutan sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, operasi mencari lelaki berkenaan ditumpukan di kawasan hutan berhampiran kawasan motosikal yang ditinggalkan mangsa tidak jauh dari rumah keluarga isterinya.

“Kawasan hutan yang dipercayai tempat lelaki berkenaan hilang tidak terlalu luas sebaliknya dikelilingi ladang kelapa sawit dan hutan yang telah diteroka.

“Operasi mencari lelaki itu kini giat dilakukan kira-kira 20 anggota polis balai polis Muadzam Shah bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Muadzam Shah serta Kuantan selain dibantu 25 penduduk Orang Asli,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Azahari berkata, berdasarkan maklumat awal punca lelaki berkenaan menghilangkan diri adalah kerana masalah rumah tangga dengan isterinya.

“Ini kes keempat operasi mencari orang hilang dilakukan sepanjang tahun ini dan kes pertama membabitkan Orang Asli menghilangkan diri dalam hutan di daerah ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN