Cuba lintas pembahagi jalan, penunggang basikal maut  - Utusan Malaysia

Cuba lintas pembahagi jalan, penunggang basikal maut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah lori kurier di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berdekatan Sungai Petai di sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Mohamad Dinin Mohd. Yusof, 63, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa cuba melintas pembahagi jalan untuk membuat pusingan U. 

“Ketika cuba melintas, sebuah lori kurier gagal mengelak mangsa dan telah melanggar bahagian belakang basikal berkenaan. 

“Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil siasatan awal pegawai penyiasat di lokasi mendapati, kemalangan berlaku di jalan lurus dan menurun bukit. 

“Kawasan itu juga mempunyai dua lorong dua hala, manakala keadaan lalu lintas adalah baik dan cuaca tidak hujan. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya