Bunuh ibu tunggal warga Thailand, pemuda berdepan hukuman gantung

Bunuh ibu tunggal warga Thailand, pemuda berdepan hukuman gantung

NUR Izzat Zulfaqar Mat Jusoh didakwa membunuh wanita warga Thailand di Mahkamah Majistret Gua Musang, Kelantan, hari ini. - FOTO/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang buruh ladang didakwa di Mahkamah Majistret Gua Musang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu tunggal warga Thailand di depan sebuah kedai runcit, awal bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan apabila tertuduh, Nur Izzat Zulfaqar Mat Jusoh, 24, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian Sitipadimoh Adae, 44, di depan sebuah kedai runcit tidak bernombor di Jalan Relai, di sini pada pukul 12.30 hingga pukul 1.30 petang, 5 Oktober lalu.

Pertuduhan ke atas pemuda berasal dari Felda Chiku 1 tersebut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah menetapkan 19 Disember depan bagi sebutan semula kes serta laporan kimia dan bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang 5 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan penemuan mayat wanita itu dalam keadaan separuh bogel dalam longkang di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang, di sini.

Susulan kejadian itu, tujuh sekeluarga direman sebelum pemuda berusia 24 tahun dikenal pasti sebagai suspek utama dan dipercayai membunuh mangsa kerana wanita yang 20 tahun lebih tua itu telah menolak cintanya.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Sik Choon Foo, mangsa dipercayai telah dicekik dan dahinya dipukul dengan menggunakan tukul besi sebelum mayatnya diheret masuk ke dalam bonet kereta.

Mayat mangsa kemudian dibuang dalam longkang, kira-kira enam kilometer dari sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Jalan Gua Musang-Kuala Berang, dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.