Bukit Tarek: PM akan umum berita gembira dalam masa terdekat

Kerajaan akan bantu penduduk Kampung Bukit Tarek dalam masa terdekat

PENDUDUK Kampung Melayu Bukit Tarek di Bukit Beruntung, Selangor jalani kehidupan tanpa kemudahan infrastruktur asas seperti elektrik, air dan jalan raya selama puluhan tahun. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penderitaan penduduk Kampung Melayu Bukit Tarek yang hidup tanpa sebarang kemudahan asas selama 30 tahun mendapat perhatian daripada kerajaan dan bantuan bakal diberikan kepada mereka.

Perkara itu dijelaskan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman sosial Facebooknya.

MAHDZIR KHALID

“Saya ambil maklum perkara tersebut. Saya telah mengarahkan pegawai tinggi kementerian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan.

“Insya-Allah, Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu yang menggembirakan penduduk di situ sedikit masa lagi,” jelasnya.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan hampir 30 tahun penduduk Kampung Melayu Bukit Tarek masih belum menikmati kemudahan asas seperti elektrik, air dan jalan raya.

Walaupun kedudukannya berhampiran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), seramai 300 penduduknya masih melalui kehidupan menggunakan generator, bateri kereta dan panel solar untuk bekalan elektrik sementara air hujan pula untuk kegunaan harian.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pemilik lot kebanyakannya adalah bekas kakitangan kerajaan seperti anggota polis, tentera, pesara dan pegawai kerajaan.

Meskipun kawasan ini tiada kemudahan asas, namun ia tetap menjadi tarikan khususnya bagi orang bukan Melayu.

Mengulas lanjut, Mahdzir dalam masa yang sama turut berkata, beliau akan turun meninjau dan bertemu dengan penduduk di situ dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.