Bimbing remaja agar tidak terjebak dengan dadah - Utusan Malaysia

Bimbing remaja agar tidak terjebak dengan dadah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan berangkat meninjau Kompleks Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Padang Besar, Perlis semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Pendidikan dan bimbingan secukupnya daripada usia muda dalam kalangan remaja adalah perlu bagi memastikan golongan tersebut bebas daripada terlibat dengan najis dadah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ibu bapa, penjaga, guru, jawatankuasa masjid serta pemimpin setempat perlu memainkan peranan dalam membimbing mereka.

Titah baginda, bimbingan dan nasihat itu perlu dilaksanakan termasuk mengenai cara-cara bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah tersebut.

“Remaja ini perlu sentiasa meningkatkan keimanan dan amal soleh, berfikiran terbuka, positif iaitu dengan mengurangkan tekanan, bijak mengisi masa lapang serta jangan terlalu cepat terpengaruh dengan pujukan rakan sebaya yang tidak baik,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat meninjau Kompleks Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang yang baru sahaja siap dibina di sini, semalam.

Hadir menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Khairul Anwar Ahmad dan Pengarah PUSPEN Bukit Chabang, Norlida Jaafar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.