Bekas jurugambar akhbar hilang di laut ditemukan selamat  - Utusan Malaysia

Bekas jurugambar akhbar hilang di laut ditemukan selamat 

KERETA yang ditinggalkan bekas jurugambar sebuah akhbar yang dilaporkan hilang di laut namun ditemukan selamat pagi ini di lokasi jeti Pantai Malindo, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang bekas jurugambar akhbar ditemukan selamat selepas hilang ketika keluar ke laut bagi menangkap ikan di perairan dekat Jeti Pantai Malindo, Jalan Kuala Sungai Burung, di sini, malam tadi. 

Mangsa yang juga nelayan berusia 55 tahun itu dilaporkan hilang selepas bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.18 malam. 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, mangsa bagaimanapun terselamat selepas berenang ke Pulau Kendi. 

“Mangsa sebelum itu dikatakan keluar ke laut kira-kira pukul 3 petang sebelum didapati tidak pulang. 

“Bagaimanapun pada pukul 6.30 pagi tadi, polis memaklumkan dia dijumpai oleh nelayan tempatan di Pulau Kendi dalam keadaan selamat,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Jurucakap itu menambah, kejadian dikatakan berlaku selepas bot mangsa terbalik dan dia yang memakai jaket keselamatan berenang ke Pulau Kendi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN