Beberapa lokasi di Seremban, Port Dickson dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Beberapa lokasi di Seremban, Port Dickson dilanda banjir kilat

BEBERAPA kawasan di sekitar Mambau, Negeri Sembilan dinaiki air ekoran hujan lebat yang tidak berhenti sejak tengah hari tadi. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ekoran hujan lebat sejak tengah hari tadi, beberapa lokasi di daerah ini dan Port Dickson mengalami kejadian banjir kilat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa kawasan seperti di Mambau dan Ampangan dinaiki air selain kawasan Jimah di Port Dickson.

Difahamkan, turut berlaku beberapa kejadian pokok tumbang di Labu dan juga di Taman Bukit Chedang yang turut menyebabkan kesesakan jalan raya.

Utusan Malaysia sedang cuba mendapatkan maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengetahui keseluruhan kawasan yang terjejas ekoran hujan lebat hampir enam jam ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.