Bayi perempuan lebam di badan disyaki mangsa dera - Utusan Malaysia

Bayi perempuan lebam di badan disyaki mangsa dera

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bayi perempuan berusia tujuh bulan lebam di muka, pipi, telinga dan peha kiri dipercayai didera pengasuhnya di kediaman wanita warga emas terbabit di Taman Selayang Jaya, Selayang, di sini, Jumaat lalu.

Ini susulan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 40 tahun pada pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke rumah pengasuh berusia 60 tahun itu buat pertama kali pada pukul 9 pagi Jumaat lalu.

Katanya, mangsa kemudian diambil semula ibunya pada 4.30 petang.

“Semasa berada di rumahnya, ibu mangsa menyedari kesan lebam kemerahan pada anggota badan bayi itu.

“Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa cedera pada peha kiri dan muka kiri sebelum dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Zainal berkata, polis sudah merakam keterangan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya