Batu Puteh: Usah tuding jari, cari penyelesaian bersama

Batu Puteh: Usah tuding jari, cari penyelesaian bersama

JIMMY PUAH WEE TSEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Semua pihak tidak seharusnya berterusan menuding jari atau mencari kesalahan pihak lain, sebaliknya perlu bersama-sama mencari titik persefahaman berhubung isu Pulau Batu Puteh.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, semua pihak seharusnya mencari jalan yang terbaik bagi mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh itu.

“Tidak kira siapa yang menjadi kerajaan pada ketika ini, mereka perlu bertindak untuk membuat semakan serta menjalankan siasatan berhubung isu ini.

“Kerajaan perlu menuntut kepentingan pulau tersebut habis-habisan, tanpa mengira sama ada perlu mengambil masa sehingga 10 tahun, ia tetap perlu dilakukan sehinggalah keputusan yang dibuat tidak lagi berpihak kepada Kita.

“Ini melibatkan soal kedaulatan negeri ini. Pulau ini sangat penting untuk kita baik dari aspek keselamatan dan perairan,” katanya di sini hari ini. 

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengakui terkilan dengan kegagalan kerajaan sebelum ini tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh pada 2018.

Baginda bertitah, pihak yang bertanggungjawab terhadap kecuaian dan khilaf dalam hal tersebut perlu dikenakan tindakan.

Sehubungan itu baginda mahukan penjelasan di sebalik tindakan kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes pulau itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Titah Sultan Ibrahim, tindakan sedemikian seolah-olah ‘mengalah sebelum masuk gelanggang’.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan bersesuaian dengan turut mendapatkan pandangan pakar undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad turut menyatakan kesediaan kerajaan negeri bekerjasama dan membantu pasukan petugas khas tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya