Bapa tiga anak sakit mental selepas terlibat kemalangan

Bapa tiga anak sakit mental selepas kemalangan

AWANG Hashim (kanan) ketika menziarahi Azrolhisham Abdullah (tiga dari kiri) dan ibunya, Aishah Yahya di Felda Seberang Tayor di Kemaman, semalam. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kehidupan bapa kepada tiga anak dari Felda Seberang Tayor di sini berubah 360 darjah selepas disahkan mengalami radang otak dan sakit mental akibat kemalangan jalan raya, empat tahun lalu.

Lebih menyedihkan, Azrolhisham Abdullah, 41, bukan sahaja tidak dapat keluar mencari nafkah buat keluarga, malah gagal menguruskan diri sendiri susulan penyakit yang dialami.

Ibunya, Aisyah Yahya, 65, berkata, hingga kini anak keduanya itu sudah menjalani tiga pembedahan membuang darah beku, namun tahap kesihatannya tetap tidak berubah.

“Dia ditimpa kemalangan selepas menghantar anaknya ke sekolah dan jika sebelum ini dia seorang yang ceria dan bertanggungjawab terhadap keluarga, tetapi kita dia seperti kanak-kanak yang memerlukan penjagaan rapi.

“Radang otak dan sakit mental menyebabkan anak saya tidak boleh berfikir dan bersikap seperti budak-budak,” katanya kepada pemberita selepas diziarahi Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, semalam.

Aisyah berkata, suaminya, Abdullah Ismail, 70, kini tidak lagi bekerja sekali gus menghimpit mereka untuk berulang-alik lebih 80 kilometer ke Hospital Dungun bagi memenuhi janji temu rawatan susulan Azrolhisham, pada setiap minggu.

Katanya, kehidupan mereka sekeluarga yang ibarat kais pagi makan pagi membuatkan dia buntu memikirkan perbelanjaan lampin pakai buang anaknya kerana turut perlu menerima rawatan radang tulang di hospital.

Kesempitan hidup keluarga berkenaan mendapat pembelaan apabila Azrolhisham layak menerima bayaran pencen penakat sebanyak RM756.25 sebulan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) manakala penjaganya pula diberikan elaun layanan sentiasa bernilai RM500.

Awang berkata, selain faedah kewangan itu, Azrolhisham turut menerima bekalan lampin pakai buang seumur hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya