Banyak memori bersama arwah Oddie - Datuk Sheila Majid - Utusan Malaysia

Banyak memori bersama arwah Oddie – Datuk Sheila Majid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Sheila Majid meluahkan kesedihannya apabila mendapat perkhabaran pemergian Allahyarham Oddie Agam atau nama sebenarnya, Imran Madjid yang meninggal dunia pada pagi semalam.

Menurut Sheila, arwah Oddie merupakan antara komposer yang pernah mencipta lagu nyanyiannya seperti Antara Anyer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu dan banyak lagi.

“Kami amat berdukacita dengan khabar Ini. Saya sudah lama mengenali arwah. Malah sebelum menjadi penyanyi lagi.

“Dialah pencipta lagu Indonesia yang pertama yang telah mengharumkan nama saya ke Indonesia dengan lagu seperti Antara Anyer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu,Tua Sebelum Waktu, Begitulah Cinta dan beberapa lagu lagi.

“Malah sebelum mengenalinya sebagai komposer, arwah juga adalah rakan keluarga kami,”katanya.

Sheila berkata demikian menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya malam tadi.

Selain itu, Sheila mengaku sukar menahan rasa sedih setelah mengetahui arwah telah dijemput Ilahi.

“Saya sangat sedih, seperti sebahagian kerjaya muzik saya turut hilang. Karya muziknya akan sentiasa menyinari hati kami semua.

“Agam, terima kasih untuk semua lagu indah ditulis kamu. Semoga tenang di sana.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosanya dan menempatkan bersama orang yang beriman. Al – Fatihah. Bintang itu sudah tiada, tapi sinarnya terang selama lamanya,” katanya.

Memetik laporan CNN Indonesia, Allahyarham Oddie menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Persahabatan, Indonesia di usia 68 tahun akibat kegagalan buah pinggang.

Malah arwah juga pernah dilaporkan mengalami penyakit angin ahmar pada tahun 2017.

Arwah dimasukkan ke unit rawatan rapi rumah sakit itu sejak 6 Oktober lalu.

Keadaan Oddie ketika itu sangat kritikal hingga menggunakan alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun keadaan Oddie dikhabarkan pernah pulih seketika pada 12 Oktober dengan ketika itu, isterinya, Almafina memaklumkan arwah sempat membuka mata sekalipun masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Menurut laporan CNN Indonesia lagi, berita pemergian Oddie disahkan kawannya, Stanley Tulung di akaun media sosialnya.

Oddie antara pemuzik senior yang membina legasi di Indonesia sejak tahun 1984. Malah Oddie juga pernah menceburi dunia nyanyian selain komposer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya