Bade Azmi ambil alih kerusi pengarah drama Hati Yang Dikhianati - Utusan Malaysia

Bade Azmi ambil alih kerusi pengarah drama Hati Yang Dikhianati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah terkenal, Bade Azmi, mengaku melalui cabaran tertentu ketika diminta untuk mengambil alih tugas sebagai pengarah drama Hati Yang Dikhianati (HYD) menggantikan sutradara terdahulu, Riza Baharuddin.

Menurut Bade, meski berbesar hati diberi peluang untuk menjayakan drama yang tertangguh tersebut, ia bagaimanapun seiring dengan tanggungjawab besar untuk menyiapkan naskah ikonik yang didaptasi daripada telenovela ‘Mis Tres Hermanas’ tersebut.

“Apabila sesebuah naskah dari negara luar yang berjaya mencipta fenomena dibuat semula, peminat pastinya akan membuat perbandingan dengan karya asal kerana pendekatan di sana lebih berani’ dan seksi.

“Cabarannya di sini ialah untuk menyuntik elemen budaya tempatan agar sesuai dengan sensitiviti dan adab resam masyarakat di Malaysia yang agak terbatas,”katanya.

Selain itu, kata Bade, berhubung aspek pemaruhan Prosedur Operasi Standard (SOP), pihaknya juga mengakui tidak banyak perbezaan memandangkan pihak produksi telah melakukan persiapan rapi.

“Pihak produksi sudah pun bersiap sedia dengan perancangan yang rapi dan tersusun berdasarkan
pengalaman mengharungi pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 sepanjang hampir dua tahun lalu.

“Selain itu, antara cabaran lain, saya juga perlu mengambil masa untuk mendekati barisan pelakon dan mengenali karakter masing-masing untuk membina keserasian. Input daripada pengarah sebelum ini juga amat membantu.

“Bagi saya juga, generasi pelakon muda sekarang tidak seperti generasi dahulu. Pelakon sekarang lebih ‘playful’, berani, berilmu dan menerima lebih banyak pendedahan berbanding dahulu. Sifat pemalu di depan kamera juga dapat dikawal dengan baik serta tidak ‘reserved’. Jadi, ia memudahkan lagi kerja di set penggambaran,”katanya.

Untuk makluman, penglibatan Riza selaku pengarah adalah bermula episod pertama sehingga episod ke-35 manakala Bade pula mengambil alih untuk meneruskan penggambaran bagi episod ke-36 dan seterusnya.

Drama ini akan kembali bersiaran setelah lebih empat bulan direhatkan susulan perlaksanaan PKP 3.0 dan sempat ditayangkan sehingga episod yang ke-40.

Drama rantaian Hati Yang Dikhianati ini bakal menemui penonton menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang.

Naskhah adaptasi ‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Drama ‘HYD’ mengetengahkan format interaktif ‘open-ended’ yang memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan drama tersebut.

Jalan penceritaan dan pembinaan watak turut dipengaruhi oleh maklum balas audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa. Jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya