Awas emel palsu Pos Malaysia - Utusan Malaysia

Awas emel palsu Pos Malaysia

TANGKAP layar menunjukkan contoh kandungan e-mel palsu pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menipu pelanggan. – IHSAN POS MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pos Malaysia Berhad memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak cuba memasuki emel tertentu yang dikesan menyalahgunakan logo rasmi syarikat berkenaan.

 Emel itu mengandungi pautan kepada laman sesawang palsu bagi mengelirukan para pelanggan agar membuat bayaran dengan mendedahkan pula butiran maklumat kad kredit.

 “Kami telah mengesan ada penipuan melalui emel yang mengeksploitasi logo Pos Malaysia dan pelanggan dinasihatkan tidak klik pautan itu,” katanya menerusi hantaran di laman sosial.

 Syarikat pos tempatan tersebut turut memuat naik dua tangkap layar daripada emel itu kononnya pelanggan perlu bayar sejumlah wang kerana bungkusan pos mereka dikenakan duti kastam.

 Difahamkan, modus operandi pengirim emel itu kelazimannya menyasarkan mereka yang dikenal pasti sering membeli barangan dari luar negara menerusi laman portal e-dagang tertentu.

Pelanggan sebaliknya hanya menyedari bahawa mereka telah diperdaya dan menjadi mangsa penipuan apabila wang dibayar lesap, tetapi barang itu tidak pula dihantarkannya ke destinasi.

Pos Malaysia turut menasihatkan pelanggan supaya sekiranya menerima emel sedemikian, terus bertindak segera memadamkannya kerana dibimbangi data peribadi digodam tanpa sedar.

Kebiasaannya, barangan yang diposkan dari luar negara akan dihantar kepada pelanggan itu mengikut alamat ditetapkan tanpa ditahan kastam konon ada bayaran cukai perlu dijelaskan.

 Agensi yang ditubuhkan sejak tahun 1800 dan kini mempunyai lebih 20,000 petugas itu, turut memohon kerjasama warganet berkongsi hantaran tersebut bagi meningkatkan kesedaran.

 Pembelian barangan secara atas talian mula berkembang amat pesat apabila seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan pada awal tahun lalu bagi mengekang kes Covid-19.

Malah, Pos Malaysia menerima penghantaran lebih dua kali ganda daripada kebiasaan apabila ramai peniaga beralih kepada penjualan maya ekoran operasi kedai terpaksa ditutup. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.