Anak dedah Krisdayanti sering berdandan seawal Subuh - Utusan Malaysia

Anak dedah Krisdayanti sering berdandan seawal Subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi, Aurel Hermansyah mendedahkan kebiasaan yang dilakukan ibunya yang juga penyanyi tersohor, Krisdayanti sebelum beraksi di pentas.

Aurel yang berkongsi menerusi saluran Youtube Atta Halilintar, menceritakan penyanyi lagu Menghitung Hari itu kebiasaannya akan siap berdandan seawal waktu Subuh walaupun waktu persembahan di sebelah malam.

Aurel yang menggelar ibunya sebagai Mimi berkata amalan tersebut menjadi rutin diva Indonesia itu sejak dahulu lagi.

“Misalnya Mimi menyanyi untuk majlis perkahwinan di Surabaya. Acara sebelah malam tetapi Mimi sudah berdandan sejak dari waktu Subuh.

“Jadi, Kalau perlu rehat, Mimi akan tidur dalam keadaan duduk,” katanya.

Perkongsian Aurel itu menarik perhatian Krisdayanti yang terpanggil untuk menjelaskan asbab tindakannya itu.

Krisdayanti menyifatkan dirinya adalah seorang yang serius dan memberi sepenuh komitmen dalam bekerja.

“Bukan masalah Subuh, tetapi memang ada kegiatan lain yang mesti dilakukan,” katanya.

Aurel merupakan anak Krisdayanti hasil perkongsian hidup penyanyi itu dengan bekas suami yang juga penyanyi terkenal, Anang Hermansyah.

Aurel yang mengikut jejak langkah kedua orang tuanya sebagai penyanyi, popular menerusi beberapa lagu seperti Hari Bahagia dan Kepastian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya