Alasan ejen minta bersauh tidak diterima Maritim Malaysia - Utusan Malaysia

Alasan ejen minta bersauh tidak diterima Maritim Malaysia

KAPAL kargo berdaftar di Panama yang memberi alasan diarahkan ejen bersauh ditahan selepas tiada kebenaran Jabatan Laut di perairan Johor timur berhampiran Tanjung Penawar, Kota Tinggi di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah kapal kargo berdaftar di Panama tidak terlepas daripada ditahan pihak berkuasa selepas disyaki bersauh secara haram meskipun memberi alasan diarahkan oleh ejen untuk bersauh di perairan Johor timur, di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tanpa muatan itu ditahan pada pukul 10.03 pagi di kedudukan 9.1 batu nautika timur Tanjung Penawar.

“Kapal kargo yang berdaftar di Panama dikendalikan oleh 24 kru warga China, Indonesia dan Vietnam berusia di antara 18 tahun hingga 58 tahun, mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Namun semasa pemeriksaan dilakukan, nakhoda kapal didapati telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

“Nakhoda turut memberi alasan bersauh di posisi tersebut atas arahan ejen kapal, sementara menunggu arahan pelayaran selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Tambah Nurul Hizam, kapal tersebut kemudian ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 491B (1) (L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Kata beliau, sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Maritim Malaysia sentiasa serius dalam melaksanakan tugas bagi menjaga perairan negara daripada sebarang salah laku dan jenayah di dalam Zon Maritim Malaysia. Pemilik dan nakhoda perlu mengambil serius kesalahan bersauh tanpa kebenaran bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN