Akibat kes pekerja asing bergejala, Kg. Sg. Padi terus dilanjutkan PKPD

Akibat kes pekerja asing bergejala, Kg. Sg. Padi terus dilanjutkan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli di Pahang Kampung Sungai Padi dalam Mukim Telang, Daerah Lipis terus disambung 14 hari lagi.

Pelanjutan tempoh PKPD ini ekoran lonjakan kes di perkampungan etnik Semai tersebut yang merekodkan 18 kes baharu Covid-19 dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan negeri itu kelmarin.

Ia disebabkan Kluster Sawit Jalan Raub Tersang yang sudah mencatatkan jumlah kumulatif 79 kes berpunca asalnya daripada seorang pekerja warga asing bergejala pada 27 Ogos lalu.

Lokaliti ini berjiran pula dengan sebuah lagi perkampungan Orang Asli suku kaum Semai di Kampung Dusun Pak Senam yang juga diwartakan PKPD dan sudah merekodkan 223 kes.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad bagaimanapun memaklumkan khabar gembira bahawa tiada pun kawasan baharu di negara ini yang bakal dikenakan PKPD selama dua minggu akan datang bermula pada lusa.

Malah ujar beliau, sebuah lokaliti di Sabah yang dilaksanakan PKPD sejak 19 September iaitu Kampung Air, Daerah Beluran akan ditamatkan sekatan itu esok seperti dijadualkan MKN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN