826 kes keganasan wanita dibantu Skuad WAJA - Utusan Malaysia

826 kes keganasan wanita dibantu Skuad WAJA

RINA MOHD. HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 826 kes isu keganasan terhadap wanita di negara ini  dibimbing dan dibantu Skuad Wanita Anti Jenayah (Skuad WAJA) setakat semalam. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, sebanyak 321 kes dilaksanakan pula melibatkan program Skuad WAJA Turun Padang setakat semalam yang melibatkan 4,571 individu disantuni. 

Katanya, seramai 35,823 ahli Skuad WAJA juga dilatih hingga kini dengan 862 sukarelawan daripadanya terdiri daripada lelaki. 

“Penglibatan golongan lelaki sebagai Skuad WAJA amat digalakkan kerana ia adalah gambaran bahawa isu menangani keganasan terhadap wanita merupakan isu bersama 

“Peranan Skuad WAJA dalam komuniti terutama dalam tempoh pandemik adalah sangat bermakna selain banyak membantu komuniti,” katanya dalam kenyataan sempena program Semarak Skuad WAJA Sarawak, semalam. 

Skuad WAJA adalah sukarelawan di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi memperkasa komuniti melalui psikososial dan aktiviti bimbingan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah. 

Rina menyeru supaya lebih ramai orang awam mendaftar sebagai sukarelawan Skuad WAJA. 

“1,235 individu di Sarawak  dilatih di dalam skuad itu, diseru agar lebih ramai lagi orang awam mendaftar sebagai sukarelawan Skuad WAJA menerusi pautan https://www.rebrand.ly/pendaftaranskuadwaja atau https://www.jpw.go.my,” katanya. 

Beliau turut mengadakan sesi pertemuan dan beramah mesra bersama ahli Skuad WAJA Negeri Sarawak yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ibu tunggal, Wanita Srikandi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pertubuhan Amal Perubat Sina Malaysia (PAPISMA).

Selain itu beliau mengunjungi Mini Spa Mamacare Kuching yang dibangunkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu wanita dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah menjana pendapatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya