8 suspek ditangkap polis, bantu siasatan kes bunuh warga Myanmar

Lapan suspek ditangkap polis, bantu siasatan warga Myanmar maut ditikam

HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Polis berjaya menangkap lapan suspek dipercayai terbabit dalam kejadian seorang lelaki warganegara Myanmar ditemui maut di sebuah kilang di Mahsan, di sini pada 17 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kesemua suspek masih dalam tahanan reman mulai 18 Oktober lalu hingga 26 Oktober 2021 di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), (Akta 574) di lokap, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

Menurutnya, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi proses pendakwaan. 

“Dalam kes ini, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) ke atas suspek yang disyaki terlibat untuk proses pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, pada 17 Oktober lalu kira-kira pukul 3.30 pagi, polis telah menerima satu laporan dari seorang lelaki yang merupakan pengurus kilang berkaitan seorang pekerjanya warganegara Myanmar telah meninggal dunia yang dipercayai ditikam. 

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada perselisihan faham ketika mabuk di antara tiga orang warganegara Myanmar ketika berada di kilang berkenaan iaitu di tempat kerja suspek berusia 40 tahun.

“Mangsa berusia 36 tahun bekerja di kilang lain di kawasan Mahsan dan dalam kejadian berkenaan, senjata yang digunakan oleh suspek iaitu gunting untuk membunuh si mati telah dijumpai.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap seramai lapan orang suspek berusia di antara 20 hingga 40 tahun secara berperingkat-peringkat bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, dari siasatan ke atas kesemua suspek berkenaan telah mengenal pasti suspek utama berusia 40 tahun warga Myanmar yang ditangkap pada 19 Oktober lalu di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Utara dalam cubaan melarikan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya