5 individu termasuk remaja bawah umur ditahan buat aksi ‘Superman’

Lima remaja termasuk seorang di bawah umur ditahan buat aksi ‘Superman’

LIMA lelaki termasuk seorang remaja bawah umur ditahan polis selepas dikesan melalukan aksi 'Superman', 'roket' dan 'zig zag' di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima penunggang motosikal, termasuk seorang remaja bawah umur ditahan selepas dikesan melakukan aksi ‘Superman’ serta berlumba di Jalan Kuching di sini, dalam Operasi Samseng Jalanan di ibu negara, awal pagi tadi.

Kesemua mereka berusia 16 hingga 21 tahun itu ditahan anggota Unit Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur selepas dikesan menunggang motosikal dengan mempamerkan aksi berbahaya seperti ‘roket’ dan membuat ‘zig zag’.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kelima-lima mereka akan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

Kata beliau, menerusi operasi pukul 9.30 malam pihaknya turut menjalankan Op Motosikal dan Op Pelbagai bermula Jumaat lalu di sekitar pusat bandar iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Laut.

“Sebanyak 343 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 11 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubah suai ekzos pada motosikal

“Motosikal yang disita akan diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan susulan dan pemilik akan diarahkan mengubah semula ekzos,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, sebanyak 10 lelaki berusia 27 hingga 69 tahun ditahan kerana dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik, Jalan Bandar dan akan didakwa mengikut seksyen yang sama,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya