32,000 pekerja asing masuk Malaysia tengah bulan ini - Utusan Malaysia

32,000 pekerja asing masuk Malaysia tengah bulan ini

ZURAIDA Kamaruddin (kanan) melihat barangan dihasilkan daripada kenaf di Galeri LKTN di Kubang Kerian. Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 32,000 buruh asing yang sudah lengkap divaksin akan dibawa masuk ke Malaysia sebagai pekerja dan penuai di ladang-ladang kelapa sawit di seluruh negara pada pertengahan bulan ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, perkara itu telah diluluskan oleh Kabinet dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Perkara ini perlu disegerakan bagi meningkatkan eksport negara. Kita masih mengharapkan penggunaan buruh asing memandangkan rakyat tempatan belum berkemahiran untuk menjadi penuai dan pekerja ladang. 

“Satu masa nanti diharap negara akan mempunyai kemahiran tenaga kerja tempatan, seiring dengan industri yang lebih berteknologi tinggi,” katanya selepas melawat Galeri Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) Kelantan, di sini hari ini. 

Yang hadir sama, Ketua Pengarah LKTN, Idris Mohd Salleh; Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Shaharul Sadei Alwi dan Timbalan Ketua Setiausaha Kenaf dan Komoditi, Md. Zaidi Karli.

Zuraida dalam pada itu menambah, kerajaan mengalu-alukan inisiatif  syarikat-syarikat perladangan menanggung sendiri proses kemasukan buruh asing, sekali gus mempercepatkan usaha tersebut.

“Pekerja asing baru dibawa masuk ini akan diletak di ladang-ladang kepa sawit yang dikenal pasti dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum memulakan pekerjaan masing-masing,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya