Operasi kurang 2 jam, 25 kompaun kepada penunggang p-hailing - Utusan Malaysia

Operasi kurang 2 jam, 25 kompaun kepada penunggang p-hailing

JPJ Johor mengeluarkan 25 notis kepada penunggang p-hailing dalam tempoh kurang dua jam operasi di lokasi hotspot perkhidmatan tersebut di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri telah mengeluarkan 25 notis kompaun kepada penunggang p-hailing dalam tempoh tidak sampai dua jam menerusi operasi pemantauan yang dijalankan hari ini.

JPJ Johor dalam satu kenyataan memberitahu, notis berkenaan dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti gagal mematuhi lampu merah pada isyarat lalu lintas dan notis kompaun atas kesalahan tiada lesen memandu (CDL).

Tambahnya, jumlah notis yang dikeluarkan dalam tempoh singkat itu menunjukkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang perkhidmatan p-hailing adalah rendah.

“JPJ telah menerima banyak aduan mengenai penunggang perkhidmatan p-hailing berkenaan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. 

“Sehubungan dengan itu, Seksyen Operasi, Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Johor telah menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi hotspot. Tujuannya adalah untuk mengesan ketidakpatuhan tujuh kesalahan utama jalan raya yang menjadi punca kemalangan maut,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, advokasi merupakan tindakan berhemah dengan memberi nasihat kepada penunggang p-hailing supaya menitik berat pematuhan peraturan jalan raya dan keselamatan semasa menjalankan perkhidmatan penghantaran. 

Justeru, aktiviti penguatkuasaan dan advokasi dijalankan secara berterusan di seluruh Johor bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap pematuhan peraturan jalan raya.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang dikenakan notis kompaun berdepan dengan maksima kompaun berjumlah RM300. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya