21,477 dos pengalak diberi setakat ini - Utusan Malaysia

21,477 dos pengalak diberi setakat ini

Sebanyak 130 guru KAFA di Selangor yang enggan menerima vaksin Covid-19 akan dipanggil semula bagi sesi penerangan kali kedua dalam masa terdekat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak dilancarkan minggu lalu, sebanyak 21,477 dos pengalak diberikan terhadap kumpulan sasar manakala semalam direkodkan 2,662 suntikan Perkara itu dimaklumkan oleh laman web CovidNow hari ini.

Selain itu, laman web sama memaklumkan 93.8 peratus populasi dewasa lengkap divaksin manakala remaja berusia 12 hingga 17 tahun adalah 25.6 peratus.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 keluaran Pfizer iaitu Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (Comirnaty).

Kementerian sama mengumumkan pemberian suntikan pelalian membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan anggota barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lalu.

Dos penggalak vaksin itu diberikan kepada kelompok penerima pertama secara percuma dan sukarela. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya