1,652 pesawah MADA dapat manfaat Rezeki Tani - Utusan Malaysia

1,652 pesawah MADA dapat manfaat Rezeki Tani

AHMAD Hamzah (dua kiri) menyampaikan replika cek kepada seorang Usahawan Agro MADA pada Program Bisnes Menjadi Mempelbagaikan Pendapatan Usahawan di Alor Setar, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 1,652 pesawah mendapat manfaat melalui program Rezeki Tani di bawah kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM9.96 juta sehingga tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, melalui program itu, MADA berjaya meningkatkan pendapatan seramai 1,134 peserta yang dijana melalui sistem e-Kasih.

“Bagi menjayakan Program Rezeki Tani di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), sebanyak RM10 juta diperuntukan untuk jangka tempoh lima tahun yang mana sebanyak RM2 juta diperuntukan bagi skop Pembasmian Kemiskinan dan Peningkatan Pendapatan Melalui Aktiviti Pertanian, Pembangunan Modal Insan serta Aktiviti Hebahan Program.

“Ini adalah program lanjutan kepada peserta dalam usaha melahirkan usahawan berjaya yang boleh menjadi contoh kepada peserta Program Rezeki Tani, untuk terus berusaha memajukan diri, meningkatkan ekonomi dan taraf hidup keluarga,” katanya ketika berucap merasmikan Program Bisnes Menjadi ‘Mempelbagaikan Pendapatan Usahawan’ di Ibu Pejabat MADA, di sini hari ini.

Beliau berkata, Rezeki Tani adalah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan yang dijenamakan semula daripada program Azam Tani di bawah kementerian berkenaan dan dipertanggungjawabkan kepada tiga jabatan dan tujuh agensinya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya