112 pengunjung kelab dikompaun RM580,000 - Utusan Malaysia

112 pengunjung kelab dikompaun RM580,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 112 pengunjung pusat hiburan di ibu negara dikompaun RM580,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), malam tadi.

Serbuan pukul 9 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur.

Ketua JPJKK Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kompaun dikeluarkan terhadap 59 lelaki dan 53 wanita.

Katanya, selain itu pihaknya mengeluarkan kompaun RM25,000 kepada pemilik premis kerana melanggar SOP.

“Polis turut merampas 80 botol minuman keras sebagai bahan bukti membantu siasatan.

“Ujian saringan air kencing dilakukan secara rambang terhadap 32 pengunjung dan didapati empat wanita serta dua lelaki positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, tindakan kompaun dibuat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 3 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN